- Total RM0.00 MYR
Baju Pengantin Songket Maroon ADINDA di dalam Musik Video “PALU” oleh Haziq Rosebi
PP Signature Bridal berbesar hati apabila baju sanding daripada koleksi kami dipilih untuk ditampilkan dalam video muzik “PALU” nyanyian Haziq Rosebi, yang ditayangkan pada 6 Oktober 2026.
Busana dalam MV: ADINDA - Baju Sanding Songket Maroon Burgandy
Kerjasama Kolaborasi bersama Rusa Music & MVM Production X PP Signature
Peluang ini bermula apabila Rusa Music Sdn. Bhd. menghubungi PP Signature untuk menaja sepasang baju sanding bagi babak perkahwinan dalam MV Palu. Busana yang dipilih ialah ADINDA, dipadankan dengan busana pengantin lelaki Kot Raihan.
Tonton MV Palu oleh Haziq Rosebi
Pada sekitar minit 00:54, penonton dapat melihat babak perkahwinan yang menampilkan Ropie Cecupak sebagai watak pengantin lelaki bersama Sitizbb sebagai watak pengantin perempuan. Babak ini memperkenalkan ADINDA dalam suasana video muzik, sekali gus memberi peluang kepada penonton melihat busana tersebut di luar paparan katalog produk.

Ropie Cecupak, nama sebenar Zahid Tajuddin, ialah pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia serta anggota kumpulan lawak Sepahtu.
Kenali ADINDA, Busana yang Ditampilkan
Set yang dipakai dalam video ialah ADINDA, baju sanding songket maroon burgundy. Pengantin perempuan memakai kebaya songket bersulam dengan selempang sulam, manakala pengantin lelaki memakai Kot Raihan dua keping bersama sampin, bengkung dan tanjak.
Tenunan songket 2D memberi tekstur kaya dan kelihatan jelas walaupun di bawah cahaya semula jadi luar rumah. Set ini tersedia untuk sewaan, lengkap dengan Sanggul Lintang, Dokoh Rantai, Bunga Tangan Besi, dokoh, keris dan kerongsang, tiada caj tambahan. Saiz: pengantin perempuan S–L, lelaki L–2XL.
Suka maroon tapi mahu rekaan lain? Lihat MAYA (kebaya moden maroon magenta) atau MAHAWANGSA, atau koleksi baju sanding maroon kami yang lengkap.
Kerjasama Media
MV Palu bukan kerja media pertama kami, dan bukan yang terakhir.
Jika anda daripada pasukan produksi, jurugambar, atau jenama yang berminat untuk bekerjasama, hubungi kami terus di WhatsApp +60 11-1856 3787 atau e-mel hello@ppsignature.com. Kami terbuka untuk membincangkan penajaan busana, kerjasama kandungan, atau projek kreatif lain.
Tentang PP Signature Bridal
PP Signature Bridal (Planet Pengantin (M) Sdn Bhd) ialah butik baju sanding dan baju nikah di Kajang, Selangor, milik penuh Bumiputera, melayani pengantin seluruh Malaysia dan antarabangsa sejak 2012. Kami menyediakan sewaan, tempahan custom dan upah jahit.
Anda boleh datang ke butik untuk ukuran dan fitting, atau buat sesi ukuran dalam talian melalui video call. Kami pos ke seluruh Malaysia.
Alamat: 13A-1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor
WhatsApp: +60 11-1856 3787
E-mel: hello@ppsignature.com
Penerbitan video muzik: Rusa Music Sdn. Bhd. (MVM Production)