OCTOBER OHSEM is happening now! One lucky winner will receive a FREE COMPLETE WEDDING DRESS RENTAL PACKAGE. Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

10 Tips Berbuka Puasa Untuk Kawal Dan Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

April 2022 | Azhar Azmi

Pada bulan Ramadan, umat Islam akan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Maka, apabila tiba waktu memilih makanan untuk berbuka, kita sering kali akan membeli atau memasak sahaja semua makanan yang terlintas di kepala tanpa memikirkan kesannya kepada kesihatan.

Oleh itu, mari ikuti tips berbuka puasa untuk kawal dan turun berat badan pada bulan Ramadhan di bawah ini yang dikongsikan oleh Saudara Mohd Shahfazreen dari laman FB Beliau.

 

10 Tips Berbuka Puasa Untuk Kawal Dan Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

 

Ini antara tips berbuka puasa untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.

 

 

#1. MULAKAN MAKAN KARBO RINGKAS

Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.

 

simple carbohydrates for iftar ramadhan

 

#2. SECAWAN AIR MANIS SUDAH MEMADAI

Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.

 

#3. KERJAKAN SOLAT MAGHRIB DAHULU

Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.

 

#4. BERBUKA DENGAN 2/3 KEPERLUAN KALORI DIRI

Berbuka dengan 2/3 dari keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh. Contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.

 

Photo by Rarecation.

 

#5. PASTIKAN TERDAPAT SUMBER PROTEIN & SERAT

Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali. Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.

 

#6. KAWAL SAIZ HIDANGAN

Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.

 

#7. 1 HARI 1 NIKMAT HIDUP

Bahagi jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak.

Ramadhan Food

 

#8. AMBIL MASA UNTUK SIGNAL KENYANG

Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak.

 

#9. MAKAN DENGAN PERLAHAN

Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.

 

#10. BERHENTI SEBELUM KENYANG

Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.

 

KESIMPULAN

 

Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak. Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.

Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.

Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W, ini waktu mustajab untuk doa. Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.

Begitulah.

Mohd Shahfazreen,

Marhaban Ya Ramadan.

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

Tags :
Happening
Translation missing: en.general.search.loading