RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online SPPIM (PraPerkahwinan Online)

September 2022 | Azhar Azmi

Kursus perkahwinan merupakan satu kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Selain dari Jabatan Agama Negeri, ada juga syarikat-syarikat swasta yang bertauliah menganjurkan kursus ini.

Kursus perkahwinan ini adalah wajib kepada mereka yang belum pernah berkahwin. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang alam perkahwinan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kursus ini juga bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang sering berlaku dalam rumahtangga.

 

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysim (SPPIM)

 

Kini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.

Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my

Melalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing.

Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.

 

Cara Daftar Kursus Kahwin Online SPPIM Setiap Negeri Di Malaysia

 

LANGKAH 1

Anda daftar kursus kahwin secara online anda melalui sistem portal pra perkahwinan sppim login melalui link pautan ini, https://www.sppim.gov.my



LANGKAH 2

Anda pilih tarikh dan tempat lokasi kursus kahwin secara online sppim mengikut negeri samada di melaka Kuala Lumpur KL Labuan sabah Sarawak Negeri Sembilan Perlis kelantan terengganu Pulau Pinang Penang Kedah Perak Selangor Johor Pahang Perak yang disusun mengikut daerah



LANGKAH 3

Masukkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan tentang anda termasuklah nombor kad pengenalan / mykad, nama penuh seperti dalam IC anda, tarikh lahir, warganegara, negeri, no telefon, emel



LANGKAH 4

Sila baca maklumat perakuan seperti yang contoh gambar yang terera di bawah dan tekan ‘SAYA BERSETUJU’



LANGKAH 5

Jika pendaftaran kursus pra perkahwinan online anda telah berjaya, anda tertera paparan gambar seperti di bawah

 

 

TAHNIAH!

Permohonan anda untuk daftar kursus pra perkahwinan secara online telah dilulus. Sila hadir pada tarikh yang telah ditetapkan untuk anda bersama-sama dokumen yang diperlukan ketika datang.

Pastikan anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai anda menghadari kursus perkahwinan ini.

Jangan sesekali terlewat sepanjang tempoh kursus diadakan. Jika didapati anda tidak mengikut kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penganjur, sijil anda bakal ditahan.

 

 

Soalan Lazim & FAQ

 

Kenapa Kita Diwajibkan Mengambil Kursus Kahwin?

Dalam kursus ini, mereka akan didedahkan tentang apakah tanggungjawab mereka masing-masing sebagai suami atau isteri, proses pendaftaran perkahwinan, cara pengurusan rumahtangga, cara menghadapi masalah dalam rumahtangga, kisah-kisah benar berkaitan alam perkahwinan untuk dijadikan tauladan dan bermacam-macam lagi pengetahuan yang penting berkaitan dengan alam perkahwinan.

Kursus ini selalunya diadakan selama dua hari berturut-turut tanpa bermalam sama ada pada hari-hari biasa ataupun pada hujung minggu. Bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang.Manakala pada hari kedua hanya separuh hari. Setelah selesai, setiap peserta akan diberikan sijil menandakan mereka telah menyertai kursus tersebut. Sijil inilah yang akan digunakan untuk memohon surat kebenaran berkahwin nanti.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ataupun kehilangan sijil, mereka tidak akan dibenarkan berkahwin dan dikehendaki untuk memohon semula sijil berkenaan. Sijil kursus ini tiada tarikh luput. Ianya sah digunakan untuk seumur hidup. Bagi mereka yang mempunyai sijil pengajian Islam seperti Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana sijil pengajian agama yang diiktiraf, mereka boleh memohon untuk pengecualian dari menghadiri kursus perkahwinan.

Jabatan Agama di setiap negeri ada menganjurkan kursus ini. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh menghadirinya di mana-mana tempat yang mereka mahu mengikut kemudahan masing-masing.



Berapa Harga Kursus Kahwin?

Secara purata, harga untuk kursus kahwin yang dianjurkan di kebanyakan kawasan adalah sekitar RM80.



Yuran kursus perkahwinan yang dikenakan adalah berbeza mengikut Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Yuran yang dikenakan adalah merangkumi:

  • Makan dan minum
  • Buku gerbang perkahwinan
  • Fail dan alat tulis
  • Sijil
  • Tenaga pengajar


Silibus / Modul Kursus Pra Perkahwinan

Bagi setiap kursus perkahwinan yang dianjurkan, penggunaan tujuh Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah wajib. Modul tersebut ialah:

  • Akidah dan Ibadah
  • Akhlak dan hubungan dalam keluarga.
  • Pengurusan kesihatan keluarga.
  • Perkahwinan dan prosedur perkahwinan.
  • Pengurusan tekanan dan konflik.
  • Komunikasi antara suami isteri dan pengurusan kewangan dan masa
  • Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan.


Setiap modul ini akan dibahagikan kepada beberapa sesi dan setiap sesi mestilah dihadiri oleh setiap peserta. Jika peserta ada tertinggal mana-mana modul yang ditetapkan, mereka hendaklah mengulangi modul itu semula sebelum mereka layak untuk diberikan sijil perkahwinan.


Peraturan Kursus Kahwin

Kursus perkahwinan mempunyai peraturan-peraturannya yang tersendiri dan para peserta mestilah mematuhinya untuk memastikan mereka layak untuk mendapat sijil perkahwinan. Berikut merupakan peraturan-peraturannya:

  1. Mengisi borang pendaftaran dan membawa salinan kad pengenalan.
  2. Menandatangani kehadiran bagi setiap sesi.
  3. Wajib mengikuti semua sesi selama dua hari dan mematuhi jadual waktu yang ditetapkan.
  4. Berpakaian formal. Setiap negeri mempunyai tatacara ataupun peraturan berpakaian yang ditetapkan.
  5. Peserta lelaki yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas atau mereka tidak akan dibenarkan menghadiri kursus.
  6. Dilarang merokok sepanjang kursus berlangsung.
  7. Peserta dilarang melakukan perkara sumbang seperti berpasang-pasangan.
  8. Dilarang membawa makanan ataupun membuang sampah merata-rata.
  9. Jika peserta mempunyai sebarang masalah sepanjang kursus, mereka hendaklah melaporkannya kepada pihak urusetia.
  10. Tidak dibenarkan menimbulkan sebarang gangguan seperti bunyi deringan telefon, menjawab telefon dan sebagainya.
  11. Tempat duduk bagi peserta lelaki dan perempuan adalah berasingan sama ada kedudukan kiri dan kanan ataupun depan dan belakang.


Sebelum memulakan kursus, penganjur akan memberikan taklimat terlebih dahulu berkenaan dengan peraturan kursus, peraturan peserta, jadual kursus, sijil dan kemudahan yang disediakan seperti dewan kuliah, kerusi, meja, tempat solat, tempat makan dan pelbagai lagi kemudahan lain untuk kegunaan para peserta.



Apakah pakaian yang dibenarkah semasa hari kursus?

Contoh peraturan berpakaian untuk menghadiri kursus perkahwinan di Kuala Lumpur bagi peserta lelaki adalah berbaju kemeja dan berseluar slack Sekiranya mereka ingin memakai t-shirt, t-shirt tersebut mestilah berkolar. Peserta lelaki dilarang sama sekali memakai gelang, subang, rantai dan topi. Ada juga negeri yang mewajibkan pemakaian songkok dan dilarang sama sekali memakai selipar.

Bagi peserta perempuan pula, pakaian yang sesuai adalah berbaju kurung ataupun berjubah. Sekiranya mereka ingin memakai seluar, baju yang dipakai mestilah labuh. Mereka dilarang sama sekali memakai pakaian berlengan pendek, nipis, ketat, berseluar jeans dan berkain belah.

 

KESIMPULAN

Kursus perkahwinan ini adalah sangat penting kepada mereka-mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Oleh kerana itu ianya diwajibkan kepada mereka yang belum berkahwin. Dengan menghadiri kursus ini, kita akan mendapat banyak pengetahuan tentang alam perkahwinan untuk kita gunakan sebagai rujukan menghadapi alam rumahtangga.

Perkahwinan ini bukanlah tentang cinta semata-mata dan bukannya untuk kepuasan semata-mata. Akan tetapi ianya adalah tentang perjanjian antara dua insan untuk hidup bersama, perkongsian dua buah keluarga dan tentang penerimaan antara kedua-dua belah pihak.

Justeru itu, restu kedua ibu bapa amatlah penting bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin kerana restu mereka akan mempengaruhi perjalanan sesebuah perkahwinan yang bakal dibina. Jangan takut untuk berkahwin walaupun kita belum mempunyai kehidupan yang stabil kerana Allah telah menyatakan bahawa perkahwinan ini merupakan pembuka kepada pintu rezeki.

Allah akan memberikan rezeki kepada kita dengan caranya yang tersendiri. Yang penting, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubah hidup kita dan yakin dengan Allah kerana DIA merupakan sebaik-baik perancang.

Kepada mereka-mereka yang bakal berkahwin, semoga segala urusan yang dilakukan akan dipermudahkan oleh Allah dan semoga perkahwinan yang bakal dibina akan mendapat keredhaan Allah.

 

Sumber: mypt3

Tags :
Planning
Translation missing: en.general.search.loading