🎉 SUPER SEPTEMBER SALES! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

Cara Solat Sunat Istikharah Yang Mudah & Ringkas

October 2025 | Azhar Azmi

Bila masuk fasa merancang perkahwinan, dilema memang tidak pernah habis. Nak pilih dewan mana, baju nikah apa, tema sanding, atau vendor mana yang boleh dipercayai. Semua keputusan terasa penting, dan silap langkah boleh jadi penyesalan jangka panjang.

Di sinilah solat sunat istikharah jadi peneman. Ia bukan sekadar solat tambahan, tetapi cara untuk menyerahkan keputusan kepada Allah sambil kita berusaha memilih jalan terbaik.

 

Cara Solat Sunat Istikharah Yang Mudah & Ringkas

Apa Itu Solat Istikharah

Istikharah bermaksud “memohon pilihan yang terbaik daripada Allah”. Tujuannya bukan untuk menunggu mimpi yang memberi jawapan hitam putih, tetapi untuk mendapat ketenangan hati semasa membuat keputusan. Bila hati rasa lapang dan urusan berjalan mudah, itu biasanya tanda Allah permudahkan jalan.

 

Waktu Sesuai Melakukan Solat Istikharah

  • • Selepas solat fardu, khususnya solat Isyak.
  • • Waktu malam sebelum tidur sangat digalakkan.
  • • Boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali waktu larangan solat sunat.

 

Niat Ringkas Solat Istikharah

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala

“Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

 

Cara Solat Sunat Istikharah

  1. Solat dua rakaat seperti biasa.

  2. Rakaat pertama: Baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Kafirun.

  3. Rakaat kedua: Baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Ikhlas.

  4. Selepas salam, baca doa istikharah. Jika tidak hafal doa Arab, boleh berdoa dalam bahasa sendiri.

 

Doa Solat Sunat Istikharah

Jika sukar, berdoa sahaja dalam Bahasa Melayu, atau apa-apa sahaja bahasa yang memudahkan anda.

Doa Istikharah Dalam Rumi

Allahumma Innii Astakhiiruka bi’ilmika

Wa Astaqdiruka Biqudrotika

Wa As-aluka Min Fadhlikal Azhiim

Fainnaka Taqdiiru Wa Laa Aqdiru

Wata’lamu Wa Laa A’lamu

Wa Anta ‘allaamul Ghuyuub

Allaahumma In Kunta Ta’lamu

Anna Haadzal Amro Khoirun Lii Fii Diinii Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri

Faqdurhu lii Wayassirhu lii

Tsumma Baarikli Fiihi

Wa In Kunta Ta’lamu

Anna Haadzal Amro Syarrun Lii Fii Diini

Wa Ma’aasyii Wa ‘aaqibati Amri

Fashrifhu ‘annii Washrifnii ‘anhu

Waqdur Liyal Khairahaytsu Kaana

Tsumma Aor Dhinii Bih

Maksud Doa Istikharah

Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.

Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.

(Rekod Imam al-Bukhari)

 

Bacalah doa itu di dalam bahasa apa sahaja dan ketahuilah bahawa Allah Maha Memahami segala bahasa.

Yang penting, berdoalah dengan hati yang hadir. Allah mahu mendengar rintihan dan rayuan ikhlas hambaNya kepadaNya.

Jika ianya lebih mudah untuk anda menyampaikan doa di dalam bahasa lain, maka berbuatlah demikian.

 

Apa Yang Perlu Dijangka Selepas Solat

Jangan menunggu mimpi khusus, kerana petunjuk boleh datang dalam banyak bentuk:

  • • Rasa yakin terhadap sesuatu pilihan
  • • Hati jadi tenang
  • • Nasihat orang berpengalaman
  • • Urusan yang berjalan lancar

Kalau masih ragu, ulang semula solat istikharah. Ia bukan sekali terus selesai.

 

Kesilapan Biasa Dalam Solat Istikharah

  • • Terlalu bergantung pada tanda luar seperti mimpi.
  • • Hanya melakukannya sekali, kemudian terus memaksa diri membuat keputusan.
  • • Melakukannya tanpa rasa sungguh-sungguh menyerahkan diri kepada Allah.

 

Relevan Untuk Bakal Pengantin

Ramai pengantin di PP Signature kongsi pengalaman, mereka lakukan istikharah ketika ragu memilih pakej sewa atau custom-made, atau bila keliru dengan tema warna. Ada juga yang gunakan istikharah untuk memilih tarikh majlis apabila dua keluarga mempunyai pandangan berbeza.

Sebenarnya, solat istikharah bukan hanya untuk perkara besar. Kalau baju nikah nampak cantik di moodboard tetapi rasa ragu ketika fitting, solat ini boleh membantu memberi ketenangan dalam membuat keputusan.

 

Kesimpulan

Solat istikharah mengajar kita satu perkara penting: walaupun kita rancang sebaik mungkin, Allah tetap lebih mengetahui apa yang terbaik. Jadi ketika anda sedang membuat keputusan penting untuk hari bahagia, sertakanlah doa ini dalam perjalanan perkahwinan anda.

Tags :
Planning
Translation missing: en.general.search.loading