YES Sales 2024! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

Doa Cari Jodoh Serta Amalan Untuk Cepat Dapat Jodoh

August 2022 | Azhar Azmi

Setiap manusia pastinya mengimpikan kehidupan berumah tangga, mempunyai suami untuk berkongsi hidup, isteri untuk bersandarkan kasih sayang juga anak-anak yang bakal mewarnai lagi sesebuah perkahwinan itu.

Ini bersesuaian dengan firman Allah swt di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21. Ayat ini menekankan lagi bahawa lelaki dan perempuan itu diciptakan Allah SWT untuk saling melengkapi antara satu sama lain, umpama siang dan malam.

Namun, memang tidak dinafikan pada masa kini, masih ramai yang tercari-cari pasangan hidup, apatah lagi tekanan daripada orang sekeliling, keluarga mahupun rakan-rakan. Kadang-kala melekakan kita dalam mencari makna sebenar untuk membina sebuah perkahwinan.

Jangan bimbang, sama ada lelaki atau perempuan, janganlah terburu-buru di dalam pencarian jodoh, apa yang penting segala usaha kita haruslah mempunyai niat yang betul, usaha dan doa yang berterusan. Di sini, dikongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh yang baik.

 

Doa Cari Jodoh Serta Amalan Untuk Cepat Dapat Jodoh

Doa Jodoh Untuk Mencari Pasangan Hidup Yang Baik
Photo by Unsplash

Doa untuk Lelaki

doa mustajab cari jodoh lelaki

Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.
Doa untuk perempuan

 

Doa untuk Perempuan

doa mustajab cari jodoh perempuan

Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.

 

Doa mustajab dalam Al-Quran dan hadis untuk Jodoh Yang Baik

Doa mustajab dalam Al-Quran dan hadis untuk Jodoh Yang BaikPhoto by Unsplash

 

1. Surah Al Furqaan (Ayat 74)

Surah-Al-Furqaan-Ayat-74

Ertinya: Ya Allah, anugerahkan oleh kami jodoh isteri-isteri kami serta keturunan kami sebagai penyenang hati kami serta jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa.

Sungguh tenang apabila mendengarkan potongan bait-bait ayat daripada surah ini. Ayat ini begitu sinonim dan sering diselitkan di dalam doa-doa selepas solat fardu. Ini merupakan suatu usaha kita untuk berdoa kepada Allah SWT memohon dikurniakan seseorang dalam kalangan mereka yang baik supaya menjadi pendamping hidup sehingga ke syurga.

Bukan itu sahaja, malahan keluarga yang dibina bukan sekadar kebahagian suami atau isteri tetapi juga untuk melahirkan zuriat keturunan dan keluarga yang sakinah. Perbanyakkan amalan doa ini ya!

 

2. Surah As-Saffat (Ayat 100)

Surah As-Saffat (Ayat 100)

Ertinya: Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Ayat ini merupakan doa Nabi Ibrahim A.S kepada Allah SWT untuk dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan beriman. Seperti yang dinyatakan, setiap perkahwinan itu tentunya menginginkan anak-anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.

Jodoh dan zuriat merupakan antara kurniaan rezeki daripada Allah SWT kepada manusia, sungguhpun adakalanya kita diuji dengan keduanya, sama ada dikurniakan anak atau sebaliknya, ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim A.S yang tidak pernah berputus asa memohon kurniaan zuriat daripada Allah SWT yang pada akhirnya dimakbulkan juga.

 

3. Doa Nabi Zakaria A.S – Surah Al Anbiya’ (Ayat 89)

Doa Nabi Zakaria A.S – Surah Al Anbiya’ (Ayat 89)

Ertinya: Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

 

Umum mengetahui bahawa sesebuah perkahwinan yang dibina itu semestinya bakal berdepan dengan pelbagai jenis ujian dan dugaan, antaranya seperti kurniaan anak. Ada di antara kita yang asyik leka dalam mencari pasangan hidup sehingga lupa makna sebenar ikatan perkahwinan yang menjadi sumber kesinambungan keturunan secara berpanjangan.

Apa yang kita mahukan ialah sebuah perkahwinan yang berkat dan melaluinya merupakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Oleh itu, amalkanlah doa ini kerana ia mempunyai nilainya tersendiri dan menjadi simbol kebergantungan rezeki dan harapan kita semata-mata kepada Allah SWT setelah penat berusaha.

 

4. Surah An Anfal (Ayat 63)

Surah An Anfal (Ayat 63)

Ertinya: dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

Setiap daripada kita semestinya menginginkan untuk dicintai dan mencintai. Ada ketikanya, pelbagai cara sanggup kita lakukan supaya diri sentiasa dihargai dan disayangi. Tiada salahnya, kerana ia merupakan fitrah semula jadi seseorang manusia. Namun, penting untuk diingatkan supaya dalam pada kita sibuk mengejar kasih sayang manusia, keberkatan daripada Allah SWT itu adalah lebih utama.

Jangan pula kita lalai sehingga melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dilarang di dalam agama semata-mata untuk mencapai apa yang kita hajati. Amalkanlah potongan ayat daripada surah ini setiap kali selepas solat. Ulanglah beberapa kali sehingga sebati dengan jiwa.

Dengan izin Allah SWT, semoga kita ditempatkan dalam kalangan pergaulan dengan orang-orang yang baik sekali gus mendekatkan dan mempermudahkan jodoh yang baik.

 

Amalan Untuk Cepat Dapat Jodoh

Ada orang yang jodohnya sampai cepat dan ada juga yang tiba agak lewat. Apa yang penting adalah kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa jodoh akan datang tepat pada masa yang sesuai.

Walau bagaimanapun, jangan hanya menunggu jodoh jatuh dari langit, sebaliknya cuba lakukan amalan-amalan yang ingin kami kongsi kan ini supaya dipermudahkan jalan untuk mendapat jodoh.

Tak salah berikhtiar dan sememangnya kita juga dituntut untuk terus mencari jodoh.


1. Menjadi lebih baik

Kadang, punca susah mendapatkan jodoh dan rezeki adalah kerana disebabkan dosa daripada masa lalu. Cara yang boleh dilakukan adalah dengan taubat dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik, maka InsyaAllah anda akan mudah untuk mendapatkan apa yang diingini.

 

2. Memohon maaf kepada ibu bapa

Segeralah memohon maaf kepada kedua ibu bapa kerasa dosa kepada orang tua juga membuatkan rezeki sempit dan sukar mendapat jodoh. Ini kerana reda ibu bapa adalah reda Allah juga.

 

3. Berbakti kepada orang tua

Dengan berbuat baik kepada orang tua dapat memurahkan rezeki dan salah satunya adalah cepat dapat jodoh.

 

4. Jaga silaturrahim

Menjaga silaturahim juga dilihat menjadi salah satu rahsia untuk mendapatkan rezeki dan jodoh dengan mudah. Semakin kita menjaga silaturahim, semakin luas kita berpeluang untukbertemu jodoh.

 

5. Sedekah

Kelebihan bersedekah salah satunya adalah mudah mendapatkan rezeki. Percayalah bahawa Allah akan menggantikan dengan lebih asalkan anda ikhlas.

 

6. Sabar

Jika masih belum juga bertemu jodoh, sabar. Sebaiknya cuba untuk sabar dengan ikhlas dan sentiasa berfikiran positif. Allah dah janjikan yang manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk anda.

 

7. Ibadah

Lakukan solat lima waktu, puasa sunat Isnin Khamis, solat sunat, solat tahajud dan membaca Al-Quran InsyaAllah segala rezeki akan dipermudahkan bagi mereka yang sedang mencari jodoh.

 

8. Banyakkan berdoa

Kunci untuk mendapatkan apa yang diinginkan adalah dengan doa. Doa merupakan senjata utama bagi menemukan yang terbaik.

 

KESIMPULAN

Demikianlah beberapa surah dan doa yang boleh diamalkan supaya hajat kita untuk mendapatkan jodoh dan seterusnya membina sebuah keluarga yang sakinah itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Sememangnya jodoh dan pertemuan itu segalanya dirancang oleh Allah SWT dan Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.

Namun, sebagai manusia, kita seharusnya sentiasa berusaha dan pada masa yang sama, bertawakal dan tidak berputus asa sekiranya hajat kita belum tercapai.

 

Tags :
Planning
Translation missing: en.general.search.loading