RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

Elakkan Kemurkaan Allah SWT.. JANGAN Abaikan Solat Waktu Bersanding! Baca ni gais...

February 2020 | Kakak Planet

Elakkan Kemurkaan Allah SWT.. JANGAN Abaikan Solat Waktu Bersanding! Baca ni gais...

(Psstt... No. 6 tu ramai tak yang buat?)
Pengantin Perempuan kebiasaannya akan mengenakan solekan ketika majlis walimatul urus bersama pasangan masing-masing.
Sehubungan itu, dalam urusan walimatul urus khususnya kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga yang terlibat, hendaklah memahami bahawa segala aktiviti dalam perkara ini tidaklah termasuk dalam sesuatu urusan yang bersifat darurah (kesukaran yang mendesak) sehingga wujudnya hukum rukhsah sebagai maslahah (jalan keluar). Ini kerana tidak terdapat masyaqah (kepayahan) yang terlalu mendesak sehingga boleh menyebabkan kematian atau sebagainya.
Walimatul urus tujuannya untuk 'mengiklankan' perkahwinan pasangan pengantin kepada jiran tetangga dan sanak saudara, di samping mengharapkan doa restu daripada mereka yang hadir sebagai tetamu
Bagi memudahkan urusan dan mengharapkan keberkatan dalam majlis yang diadakan, antara tips bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan yang boleh dilaksanakan:
PERTAMA
Berwuduk sebelum mekap. Jagalah wuduk sebaik mungkin dan titipkan pesanan kepada suami supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku sehinggalah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT terlebih dahulu.
KEDUA
Mulakan majlis pengantin bertemu dengan tetamu (makan beradab) selepas masuknya waktu Zuhur.
KETIGA
Pesan kepada individu yang mengendalikan 'PA system' dan supaya menghormati azan yang berkumandang, jika menggunakan khidmat ini.
KEEMPAT
Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh.
KELIMA
Cari lokasi majlis yang berdekatan dengan surau/masjid.
KEENAM
Tulislah pada kad jemputan dengan pesanan: ‘Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis’
Perkahwinan yang 'awesome' adalah perkahwinan yang diberkati. Solatlah sebelum terlambat. Apa gunanya cantik, kacak dan ada majlis perkahwinan yang hebat, tetapi menjadi makhluk yang angkuh dan sombong kerana tidak mahu sujud kepada Yang Maha Esa!
(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)
Translation missing: en.general.search.loading