RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2022)

March 2022 | Azhar Azmi

Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arabمهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

 

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2022)

Islam tidak menetapkan sebarang nilai untuk mas kahwin. Ianya bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin

Namun, untuk mengelakkan sebarang masalah, Majlis Agama Islam Negeri telah meletakkan nilai mas kahwin pada kadar yang tertentu. Berikut adalah kadar mas kahwin yang telah ditetapkan mengikut setiap negeri untuk tahun 2022.

NEGERI BUJANG / ANAK DARA JANDA / IBU TUNGGAL
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pulau Pinang RM24 RM24
Perak RM101 RM101
Selangor RM300 RM300
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM80 RM40
Negeri Sembilan RM200 RM100
Melaka RM100 RM100
Johor RM22.50 RM22.50
Pahang RM22.50 RM22.50
Sabah RM100 RM80
Sarawak RM120 RM120
Wilayah Persekutuan Labuan RM80 RM80

 

 

HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN

#1 – Sebagai Pemberian Hadiah

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Mafhum: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.” (Surah An-Nisa, 4:4)

#2 – Tanggungjawab Ke Atas Lelaki

Mas kahwin merupakan pembayaran yang bersifat simbolik ke atas perkahwinan yang dijalankan. Ia merupakan tanggungjawab ke atas lelaki yang perlu disempurnakan ke atas perempuan yang ingin dijadikan isterinya.

#3 – Simbol Persetujuan dan Kerelaan

Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diberikan ke atas isteri. Isteri dan suami perlu bersetuju ke atas nilai yang ingin diberikan. Oleh itu, ia merupakan simbolik kepada persetujuan bersama sebelum menghadapi alam rumah tangga dan mengambil pelbagai lagi keputusan bersama.

#4 – Menandakan Lelaki Itu Serius

Jika seseorang lelaki itu serius untuk menjadikan si perempuan itu sebagai isteri, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan nilai mas kahwin yang diminta.

 

Kesimpulan

Mas kahwin yang paling baik dan berkat adalah yang paling sesuai nilainya dan tidak membebankan untuk dipenuhi. Tujuan utamanya ialah untuk memberikan hadiah kepada isteri terhadap pernikahan tersebut.

Wallahu a’alam.

Tags :
Planning
Translation missing: en.general.search.loading