RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

JAIS keluarkan Garis Panduan Kursus Pra Perkahwinan Selepas PKP

June 2020 | Azhar Azmi

PELAKSANAAN KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DAN DALAM TEMPOH 6 BULAN SELEPAS TEMPOH PKPB TAMAT

 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menetapkan untuk melaksanakan Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian (online) di Negeri Selangor berikutan penangguhan KPPI seperti lazimnya sejak Mac 2020. KPPI Online ini juga dibuat selaras dengan pembudayaan norma baharu menghadapi pandemik COVID-19. 

Kursus Praperkahwinan Islam Online (KPPI Online) ini akan dilaksanakan bermula 13 Jun 2020 (Sabtu). Permohonan boleh dibuat mulai 9 Jun 2020 (Selasa). Modul KPPI Online adalah berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sepenuhnya.

Kaedah pelaksanaan KPPI Online adalah seperti berikut:

  1. Permohonan untuk mengikuti KPPI Online dibuat melalui pautan yang disediakan mengikut daerah di Negeri Selangor. Jadual pautan dan nombor talian untuk dihubungi seperti di SINI.
  2. Jumlah maksimum penyertaan peserta dalam setiap sesi penganjuran KPPI Online adalah 150 orang.
  3. Dua (2) sesi penganjuran pada hari Cuti Hujung Minggu (Sabtu dan Ahad) akan dibuat mengikut keperluan. Sesi pertama bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, manakala sesi kedua bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang.
  4. Peserta akan menerima jemputan melalui e-mel untuk menyertai KPPI Online. Setelah masuk ke platform KPPI Online, peserta perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan sehingga selesai dalam tempoh masa yang telah diberikan.
  5. Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan.
  6. Sijil dan nota KPPI Online boleh diambil di kaunter di mana pendaftaran dibuat beserta pembayaran fi seperti ditetapkan.
  7. Transaksi serah terima Sijil, nota KPPI Online dan pembayaran fi hendaklah dibuat selepas lima (5) hari bekerja dan tidak melewati tiga puluh (30) hari bekerja selepas peserta berjaya menyelesaikan tugasan dalam KPPI online

 

Tatacara lengkap berkaitan pelaksanaan KPPI Online boleh dirujuk kepada Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam Secara Online Di Negeri Selangor Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dan Dalam Tempoh 6 Bulan Selepas PKPB Tamat yang dimuat naik di laman web Jabatan www.jais.gov.my, Facebook Jabatan Agama Islam Selangor dan Instagram jabatan.agama.islam.selangor.

Pada awal penganjuran KPPI Online, JAIS akan mengutamakan peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran yuran penyertaan bagi menghadiri KPPI yang tertangguh sejak 18 Mac 2020 apabila Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama diumumkan.

JAIS berharap semua bakal-bakal peserta KPPI Online bersabar, bertenang dan meneliti semua proses-proses yang ditetapkan serta menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga ditalian 017-949 2634 mulai 9 Jun 2020 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan perkara ini.

 

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

 

Translation missing: en.general.search.loading