Your cart is currently empty.

Malaysia memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2020. Sudah boleh anjur kenduri kahwin besar-besaran? Ini Penjelasan Menteri Kesihatan KJ

March 2022 | Azhar Azmi

Malaysia Memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Bermula 1 April 2022 – Ketahui 5 SOP Fasa Peralihan Endemik

 

SELEPAS dua tahun dilanda pandemik Covid-19, Malaysia akan memasuki fasa 'peralihan ke endemik' bermula 1 April depan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas, Selasa petang.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.

Susulan perkembangan itu, ini lima perubahan penting yang diumumkan Ismail Sabri:

  1. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam.
  2. Aktiviti solat jemaah di masjid, surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
  3. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti perkumpulan ramai. Had kapasiti pekerja dan majlis keramaian termasuk kenduri kahwin dimansuhkan.
  4. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
  5. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Sudah boleh anjur kenduri kahwin besar-besaran? Ini Penjelasan Menteri Kesihatan KJ

Khairy berkata hashtag kita #reopeningsafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan cermat. - Foto BERNAMA
Khairy berkata hashtag kita #reopeningsafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan cermat. - Foto BERNAMA


Kebenaran untuk mengadakan majlis sosial berskala besar akan tetap diberikan, tetapi bukan sekarang.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pembukaan sektor demi sektor akan dibuat satu demi satu mengikut keadaan semasa ketika negara baru melangkah memasuki fasa endemik dan apabila sudah kelihatan trend penurunan kes jangkitan harian.

“Sekarang ini kita ada lah secara terhad dalam negeri-negeri fasa tertentu dibenarkan seara kecil, tetapi saya faham maksud soalan itu secara sederhana dan besar.

“Hashtag kita #reopeningsafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan cermat. Esok (11 Oktober) pun saya sudah risau lebih-lebih lagi nak minta saya buka untuk kenduri kahwin besar-besaran, konsert dan sebagainya.

“Maksud saya, guys, lets take it slowly, one step at a time.”

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang sempadan negeri mula dibuka dan rakyat sudah boleh merentas antara negeri untuk pelbagai tujuan, namun harus tetap patuh kepada segala prosedur operasi standard (SOP) penjagaan kendiri.

Tegas Khairy, sektor sosial besar-besaran ini mungkin sektor yang terakhir dibuka sepenuhnya namun tidak bermakna ia tidak akan berlaku.

Tags :
Happening
translation missing: en.general.search.loading