- Total RM0.00 MYR
Niat Puasa Ramadhan Sebulan & Niat Puasa Setiap Malam
Ingat lagi tak niat puasa Ramadhan?
Pejam celik, lebih kurang dua minggu lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan tahun ini.
Jom kita ingat balik Niat Puasa Ramadhan Sebulan & Niat Puasa Setiap Malam dan Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Bulan Ramadhan.
Niat Puasa Ramadhan Sebulan & Niat Puasa Setiap Malam
Bilakah waktu untuk niat puasa?
Waktu untuk berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu maghrib sehinggalah terbit fajar saddiq — iaitu waktu subuh.
Niat Puasa Sebulan
Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama Ramadan.
Niatnya adalah:
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Niat dalam Melayu:
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."
Niat Puasa Setiap Malam
Jika menggunakan niat ini, kita perlu berniat setiap malam.
Niatnya adalah:
Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya:
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Nota:
- Sebahagian ulama muta’akhirin menyarankan agar berniat puasa sebulan Ramadhan pada awal malam Ramadhan atau malam-malam selepasnya sebagai bertaklid kepada Mazhab Maliki.
- Hal ini agar puasanya tetap sah jika seseorang itu terlupa berniat pada malam-malam hari tertentu.
- Jika perempuan datang haid atau nifas pada pertengahan Ramadhan, maka niat puasa sebulan Ramadhan itu dikira terbatal. Dia perlu memperbaharui niat puasa Ramadhan sebulan selepas dirinya suci.
- Begitu juga dengan individu yang terputus puasanya kerana sakit, musafir, gila dan pengsan. Mereka juga perlu memperbaharui semula niat puasa Ramadhan sebulan.
Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan
1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.
Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama.
Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama Islam.
3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
5. Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaan kerana dianjurkan ibadah solat tarawih.
Disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu individu muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
8. Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (semata-mata kerana Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu
— Hadis riwayat al-Bukhari
9. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta dirantaikan syaitan.
10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
PENUTUP
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Kami di PP Signature ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443H kepada semua umat Islam di Malaysia.
Bagi yang masih mencari Pakej Perkahwinan 2022, Dapatkan promosi terkini PP Signature - Ramadhan Deal yang berlangsung dari 26/3 sabtu ni hingga lah 30/4.
Setiap booking akan dapat SURPRISE GIFT & Sebahagian hasil jualan akan disalurkan ke Rumah Asnaf & Anak Yatim.
Semoga Ramadhan kali ni menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih baik dari tahun sebelumnya..🤲🤲🤲
Sumber: https://akuislam.com