WE'RE OPEN! Welcome to the No.1 Online Rental Service in Malaysia!

Visit our boutique only via appointment due to pandemic.

Your cart is currently empty.

Pelan Pemulihan Negara (PPN) : Adakah Majlis Perkahwinan dibenarkan semasa Fasa 4?

October 2021 | Azhar Azmi

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk tujuh negeri dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa pada 18 Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah akan beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3.

Beliau berkata, Melaka serta kawasan Lembah Klang iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor turut beralih dari Fasa 3 kepada Fasa 4.

 

FASA PPN TERKINIS SETIAP NEGERI

Adakah Majlis Perkahwinan dibenarkan semasa Fasa 4?

Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

 

majlis kahwin dibenarkan ppn fasa 4-majlis sosial ppn fasa 4

 

Untuk melihat senarai SOP Fasa 4 yang terkini oleh Majlis Keselamatan Negara, sila rujuk pautan berikut:

https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/

SOP MAJLIS PERKAHWINAN FASA 4 PPN
translation missing: en.general.search.loading