- Total RM0.00 MYR
Perkara yang Perlu Dilakukan Jika Anda Positif Covid-19 Atau Anda Adalah Kontak Rapat
Omicron ialah varian coronavirus yang sangat tinggi kadar jangkitan, tetapi dipercayai membawa simptom lebih ringan daripada strain Delta. Malaysia juga antara negara yang paling banyak divaksin di dunia, dengan hampir 80 peratus daripada jumlah penduduknya telah divaksin sepenuhnya terhadap Covid-19.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mereka yang sama ada positif virus itu atau kontak rapat kes positif, berdasarkan sidang media Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam.
Apa Perlu Buat Jika Positif Covid-19
Image: https://codeblue.galencentre.org/
Jika anda mempunyai simptom Covid-19, seperti batuk, sakit tekak atau selsema, lakukan ujian kendiri RTK-Antigen saliva yang boleh anda beli daripada farmasi tempatan.
Jika anda disahkan positif Covid-19 (double line), pada ujian RTK, anggap anda disahkan Covid; anda tidak perlu mengesahkan diagnosis dengan ujian RT-PCR.
laporkan keputusan positif menerusi MySejahtera.
Individu Sihat Berumur Bawah 60 Tahun Yang Tidak Bergejala Atau Mengalami Gejala Ringan (Kategori 2A)
Anda tidak perlu melawat Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) selepas disahkan positif Covid-19 jika anda memenuhi kriteria di bawah:
- Kategori 1 Covid-19 (tiada gejala) ATAU
- Kategori 2A (simptom ringan)
- sakit tekak atau hidung berair tanpa demam atau sesak nafas
- batuk tanpa demam atau sesak nafas
- hilang deria rasa tetapi selera makan tetap ada
- hilang deria bau
- cirit-birit dua kali atau kurang dalam masa 24 jam dan kurang membuang air kecil
- pening dan muntah
- lesu ringan tetapi masih boleh menjalankan aktiviti harian
- sakit otot tetapi masih boleh menjalankan aktiviti harian DAN
- Berumur di bawah 60 tahun DAN
- Tiada masalah kesihatan yang lain
Apabila anda melaporkan keputusan ujian positif anda di MySejahtera, status anda akan bertukar merah dan anda akan menerima Perintah Pemantauan & Pemerhatian di Rumah (HSO); tidak perlu mengisi borang atau mendapatkan gelang tangan kuarantin.
Anda hanya perlu mengasingkan diri di rumah. Tempoh isolasi diri adalah seperti berikut (hari yang anda update MySejahtera keputusan ujian positif anda dikira sebagai Hari Pertama):
- Divaksin sepenuhnya: 7 hari
- Tidak lengkap atau tidak divaksinasi: 10 hari
Selepas tamat tempoh kuarantin; untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan Covid-19 tidak perlu dilakukan sekiranya tidak bergejala.
Pantau keadaan anda setiap hari dengan menggunakan health assessment tool di MySejahtera. SMS peringatan akan dihantar kepada anda melalui telefon jika anda tidak mengisi penilaian kesihatan harian anda pada hari tersebut.
Jika anda melaporkan bahawa kesihatan anda merosot pada health assessment tool, anda akan diminta untuk melawat CAC terdekat sama ada melalui pemberitahuan MySejahtera, atau melalui SMS atau panggilan telefon.
Senarai talian hotline Covid-19 tersedia di sini.
Warga Emas Berumur 60 Tahun Ke Atas/ Orang Yang Mengalami Komorbiditi/ Simptom Sederhana Atau Lebih Serius (Kategori 2B dan Ke Atas)/ Keadaan Merosot
Anda perlu melawat CAC atau hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut selepas disahkan positif Covid-19, tanpa menunggu panggilan telefon daripada pejabat kesihatan daerah (PKD) atau CAC, jika anda memenuhi kriteria di bawah:
- Kategori 2B (simptom sederhana)
- demam berlarutan dua hari atau lebih atau demam baru
- kesukaran bernafas semasa menjalankan aktiviti (dispnea senaman)
- sakit dada
- hilang selera makan
- lesu terutamanya ketika menjalankan aktiviti harian atau selepas bangun tidur
- memerlukan bantuan untuk berjalan
- gejala yang semakin teruk atau berterusan, seperti batuk, loya, muntah, atau cirit-birit
- tahap kesedaran berkurangan
- kurang buang air kecil dalam tempoh 24 jam terakhir ATAU
- Gejala yang lebih teruk daripada Kategori 2B ATAU
- Berumur 60 tahun ke atas ATAU
- Mempunyai keadaan kesihatan yang mendasari ATAU
- Gejala yang semakin teruk
Kontak Rapat Kes Positif Covid-19
Bagi penerima dos penggalak, jika anda dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19 dan jika anda tidak mempunyai simptom, anda sama sekali tidak perlu kuarantin di rumah kediaman bermula bulan Mac 2022.
Kontak rapat akan dihubungi oleh PKD atau Status MySejahtera akan di update menyatakan bahawa anda adalah kontak rapat.
Anda akan diberikan Perintah Pemantauan & Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk melengkapkan tempoh isolasi anda di rumah, mengikut tempoh berikut:
- Divaksin sepenuhnya: 5 hari
- Tidak lengkap atau tidak divaksinasi: 7 hari
Bagi kontak rapat yang bergejala, lakukan ujian RTK-Antigen (profesional/kendiri). Jika ujian anda positif, laporkan keputusan positif menerusi MySejahtera dan ikuti langkah-langkah seperti di atas.