Your cart is currently empty.

Sewa Baju Pengantin 2026 & 2027: Panduan Harga, Pakej dan Promosi Year End Sale

01/11/2026 | Azhar Azmi

Sedang mencari baju pengantin untuk majlis nikah atau sanding?

Salah satu perkara penting sebelum memilih design ialah memahami harga, apa yang termasuk dalam pakej dan proses booking.

Bagi pasangan yang merancang majlis pada tahun 2026 atau 2027, membuat tempahan awal membantu korang merancang pilihan pakaian dengan lebih teratur.

Di PP Signature Bridal, Kajang, Selangor, kroang boleh memilih daripada pelbagai koleksi baju nikah dan baju sanding untuk pengantin lelaki dan perempuan, termasuk pilihan sewaan dan custom bridalwear.

Panduan Harga, Pakej dan Promosi Year End Sale

Berapa Harga Sewa Baju Pengantin?

Harga sewa baju pengantin bergantung pada design, jenis koleksi dan pakej yang dipilih.

Untuk Year End Sale PP Signature 2026, pakej sewaan baju pengantin lelaki dan perempuan berharga antara RM799 hingga RM1,099 layak menerima diskaun flat RM100.

Diskaun diberikan daripada invois bagi tempahan yang memenuhi syarat promosi.

Apa Yang Termasuk Dalam Promosi Year End Sale PP Signature?

Tempoh promosi berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2026, untuk majlis tahun 2026 dan 2027.

Maklumat
Butiran
Tempoh promosi
1 November hingga 31 Disember 2026
Kelayakan majlis
2026 & 2027
Perlu tarikh majlis?
Tidak, boleh book slot dulu
Diskaun
Flat rate RM100 pada invois
Pakej layak
Sewaan lelaki & perempuan (RM799 hingga RM1,099), Custom Nikah, Custom Rental Sanding (Sewa Baru)
Percuma
Aksesori tradisional, tudung shawl, couple gift, Wedding Checklist Online
Tukar baju
1 kali sebelum majlis, tanpa caj
Lokasi
13A-1, Level 1, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang
Waktu
10:30 pagi hingga 6:00 petang, tutup hari Jumaat


Apa Yang Korang Dapat Dalam Year End Sale?

Selain diskaun flat rate RM100, setiap tempahan layak untuk:

1. Aksesori Tradisional

Sanggul Lintang dan Bunga Tangan Besi disediakan tanpa caj add-on.

2. Tudung Shawl Percuma

Setiap pelanggan yang layak menerima tudung shawl bernilai RM29. Tudung ini tidak perlu dipulangkan selepas majlis.

3. Couple Gift Edisi Terhad

Hadiah khas yang ditempah untuk bakal pengantin PP Signature.

4. Wedding Checklist Online

Checklist untuk membantu pasangan menyusun persiapan perkahwinan seawal 12 bulan sebelum majlis.

5. Satu Kali Tukar Pilihan Baju

Selepas booking, pelanggan boleh menukar pilihan baju sebanyak satu kali sebelum majlis tanpa caj, tertakluk pada terma PP Signature.

Boleh Ke Book Walaupun Belum Ada Tarikh Majlis?

Boleh. PP Signature Bridal di Kajang, Selangor, buka booking baju nikah dan baju sanding untuk majlis 2027 dari 1 November hingga 31 Disember 2026, walaupun korang belum ada tarikh majlis.

Ini sesuai untuk pasangan yang:

  • Sudah merancang untuk berkahwin pada tahun 2027.
  • Sedang menunggu pengesahan tarikh daripada keluarga.
  • Mahu memilih design lebih awal.
  • Mahu mengambil peluang promosi sebelum tamat Disember 2026.

Hubungi PP Signature untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses booking dan pengesahan tarikh majlis kemudian.

Kenapa Patut Book Baju Pengantin Awal?

Setiap design hanya boleh disewa oleh satu pasangan pada satu tarikh.

Permintaan biasanya tinggi ketika cuti sekolah dan tarikh cantik. Kalau lambat booking, design pilihan korang mungkin dah ditempah orang lain.

Jangan risau kalau book awal! Korang masih boleh tukar pilihan baju sekali secara percuma selepas booking. Jadi, kalau tahun depan keluar design baharu yang korang lebih berkenan, korang masih ada peluang untuk tukar pilihan.

Nak mula cari design?

Gunakan Baju Pengantin Finder PP Signature untuk membantu korang mencari pilihan design.

Macam Mana Nak Book?

  1. WhatsApp team PP Signature di 011-1856 3787 untuk tanya slot.
  2. Datang butik untuk cuba baju. Konsultasi percuma, sehingga 3 helai setiap sesi.
  3. Pilih design untuk bride & groom dan sahkan pakej.
  4. Lock slot dengan bayaran booking. Diskaun RM100 ditolak terus pada invois.

Nak Datang Ke Butik?

PP Signature Bridal terletak di Taman Kajang Perdana, Kajang. Cari di Waze: PP Signature. Sabtu & Ahad walk-in dialu-alukan. Hari biasa, WhatsApp dulu untuk pastikan team ada di butik. Tutup hari Jumaat.

Soalan Lazim (FAQs)

Boleh book baju pengantin kalau belum ada tarikh majlis?
Boleh. Sepanjang Year End Sale (1 November hingga 31 Disember 2026), korang boleh book slot untuk majlis 2027 walaupun tarikh belum confirm.

Siapa yang layak dapat diskaun flat rate?
Semua pakej sewaan baju lelaki & perempuan, serta pakej Custom Nikah dan Custom Rental Sanding. Diskaun ditolak terus pada invois.

Apa hadiah percuma dalam promosi ni?
Aksesori tradisional (termasuk sanggul lintang dan bunga tangan besi), tudung shawl yang jadi hak milik korang, couple gift edisi terhad, dan Wedding Checklist Online.

Boleh tukar baju lepas booking?
Boleh, 1 kali sebelum majlis tanpa caj tambahan.

Boleh cuba baju dulu sebelum book?
Boleh. Book Trial Percuma dan korang boleh cuba sehingga 3 helai setiap sesi. Hujung minggu walk-in dialu-alukan, hari biasa WhatsApp dulu.

Sampai bila promosi ni sah?
1 November hingga 31 Disember 2026.

Tags :
Promotion

Ringkaskan artikel ini guna AI

Translation missing: en.general.search.loading