Your cart is currently empty.

Tarikh Paling Cantik Untuk Tahun 2022 - Rancang Tarikh untuk Tunang Nikah Kahwin Anda

March 2022 | Azhar Azmi

Tahun 2022 kini menjelma. Kita agak bernasib baik kerana waktu ini Malaysia sudah memasuki fasa Endemik Covid-19. Untuk pasangan yang terpaksa tundakan majlis kahwin tu, bolehlah merancang semula tarikh perkahwinan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Jika masih buntu untuk memilih hari bahagia, berikut kami kongsikan tarikh-tarikh keramat untuk mereka yang mahu berkahwin pada tahun 2022 ini. Boleh pilih siap-siap untuk buat majlis tunang, nikah, dan sebagainya.

 

Tarikh Paling Cantik Untuk Tahun 2022

 

Ini tarikh paling cantik untuk tahun 2022 berdasarkan gabungan nombor. Tidak ambil kira jatuh hari apa ya.

Jika tak kisah sama ada hari itu cuti umum atau tidak untuk adakan majlis, boleh gunakan tarikh cantik di bawah ini sebagai salah satu elemen terindah.

  • 02.02.2022
  • 20.02.2022
  • 22.02.2022
  • 11.11.2022
  • 02.12.2022
  • 12.12.2022
  • 21.12.2022

 

Tarikh Cantik Tahun 2022 Mengikut Bulan

 

Ini pula tarikh cantik 2022 untuk tunang nikah kahwin bersama dengan pemberitahuan hari.

Mungkin ada tarikh cantik lain tapi bukan pada hari cuti atau hujung minggu. Jadi senarai ini menyeraikan tarikh cantik yang memang jatuh hari cuti dan hujung minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad).

Boleh gunakan sebagai rujukan awal untuk buat tetapkan tarikh.

 

JANUARI

1.1.22 (Sabtu - Cuti Sekolah)
2.1.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
22.1.22 (Sabtu)


FEBRUARI

2.2.22 (Rabu - Tahun Baru Cina)
20.2.22 (Ahad)


MAC

13.3.22 (Ahad - Cuti Sekolah)

 

APRIL

2.4.22 (Sabtu)
24.4.22 (Ahad - Ramadhan)

 

MEI

2.5.22 (Isnin - Akhir Ramadhan & Cuti Ganti Hari Buruh)
22.5.22 (Ahad)


JUN

6.6.22 (Isnin - Keputeraan Agong)
26.6.22 (Ahad)


JULAI

2.7.22 (Sabtu)
22.7.22 (Jumaat)

 

OGOS

20.8.22 (Sabtu)
28.8.22 (Ahad)


SEPTEMBER

2.9.22 (Jumaat)
16.9.22 (Jumaat-Hari Malaysia)


OKTOBER

02.10.22 (Ahad)
22.10.22 (Sabtu)


NOVEMBER

11.11.22 (Jumaat)
20.11.22 (Ahad - Cuti Sekolah)


DISEMBER

02.12.22 (Jumaat-Cuti Sekolah)

 

KESIMPULAN

Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan, antara langkah awal yang perlu dilakukan adalah menetap tarikh.

Tidak kira nak bertunang, nikah, kahwin atau bersanding dalam tahun 2022 ni, cepat-cepat tetapkan tarikhnya. Ambil kira juga kesesuaian tarikh itu mengikut keadaan masing-masing.

Untuk bakal pengantin yang masih tercari cari tarikh cantik 2022 untuk majlis tunang dan tarikh cantik nikah kahwin 2022, semoga tarikh-tarikh tadi dapat membantu.

 

Sumber: sishawa.com

Tags :
Planning
translation missing: en.general.search.loading