WE'RE OPEN! Welcome to the No.1 Online Rental Service in Malaysia!

Visit our boutique only via appointment due to pandemic.

Your cart is currently empty.

Tiada Lagi Had Kapasiti 250 orang ke Majlis Perkahwinan, Asalkan ada Penjarakan Fizikal & Patuh SOP

September 2020 | Azhar Azmi

Berita gembira! Had 250 orang terbatal, kini saiz lokasi jadi penentu bilangan jemaah, tetamu kenduri kahwin... syaratnya jaga jarak sosial!

 

BERITA baik buat pengunjung majlis sosial dan rasmi termasuk majlis agama dan perkahwinan, kerana tiada lagi had tidak lebih 250 orang, bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberitahu bahawa tiada lagi had satu pertiga jemaah yang bergantung kepada keluasan surau atau masjid, bermula tarikh itu.

Jelasnya, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP bersetuju untuk menyelaraskan had maksimum peserta aau pengunjung mengikut kapasiti ruang dan pematuhan penjarakkan sosial.

"Untuk menyamaratakan semua sekali, maka mesyuarat telah bersetuju untuk mengehadkan peserta itu berdasarkan kepada keluasan tempat dengan syarat pematuhan penjarakkan sosial sejauh satu meter.

"Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakkan sosial, jumlahnya tidak dikira.

"Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel. Kalau ballroom tu boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakkan sosial boleh ada sampai 800 orang, maka 800 orang lah. Maka ia bergantung kepada jumlah keluasan premis, yang penting ada penjarakkan sosial"

katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Terdahulu, kerajaan menetapkan kapasiti tidak melebihi 250 orang untuk majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dan pernikahan bermula 1 Julai lalu.

Kerajaan sebelum ini juga hanya membenarkan solat berjemaah termasuk solat Jumaat dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti ruang utama rumah ibadat itu.

 

Sumber: mstar

translation missing: en.general.search.loading