OCTOBER OHSEM is happening now! One lucky winner will receive a FREE COMPLETE WEDDING DRESS RENTAL PACKAGE. Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

Tips Memilih Dulang Hantaran & Barang Wajib Dalam Hantaran

December 2022 | Azhar Azmi

Rasa tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada barang-barang hantaran. Kerana ianya tidak sangkal lagi sudah menjadi adat turun temurun orang melayu kita. Jika adanya barang hantaran, sudah pasti dan mestilah dulang hantaran diperlukan juga.

Disini kami menyediakan tips-tips memilih dulang hantaran untuk aspirasi majlis persandingan anda nanti.

 

Tips Memilih Dulang Hantaran

 

Tentukan Bajet & Saiz Dulang

 

Dalam perkahwinan sepertimana yang kita tahu memang memerlukan bajet yang sangat besar. Jadi, kita seharusnya menggunakan bajet yang bersesuaian dan yang mampu milik untuk perkahwinan ini.

Maka, terdapat banyak dulang hantaran yang tidak perlu bajet yang mahal tapi cantik dan berkualiti. Saiz dulang juga perlu diambil kira agar bersesuaian dengan barangan yang hendak kita letak di atas dulang. Contohnya beg tangan untuk pengantin perempuan disarankan beg yang kecil agar muat untuk dihiasi di dalam dulang hantaran.

 

Pilih Dulang Mengikut Konsep Perkahwinan

 

Jenis dulang perlu diambil kira dalam penggubahan dulang hantaran supaya kena dengan tema yang telah ditetapkan. Contoh jika sang mempelai memilih tema berkonsepkan inggeris, tema perkahwinan yang moden seperti pelamin yang digubah dengan bunga-bunga seperti di taman, dan pengantin lelaki memakai pakaian coat sambil pengantin perempuan memakai gaun labuh dan dulang hantaran lebih bersesuaian dengan menggunakan box kaca.

Manakala, jika pasangan memilih konsep tradisional, pakaian yang digayakan semestinya songket yang cantik dan dulang hantaran yang bersesuaian.

 

Jumlah Dulang Hantaran Yang Selalu Orang Guna

 

Seringkali kita mendengar kebiasaannya pasangan pengantin akan memberi jumlah dulang hantaran antara 5-7 dulang. Ada juga yang memberi sehingga 7-9 dulang. Dan biasanya hantaran yang diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki akan melebihi 2 dulang daripada pihak lelaki.

Untuk majlis pertunangan, hantaran yang diberikan biasanya hanya 5-7 dulang sahaja tidak melebihi had. Tetapi, tidak salah pun jika nak memberi lebih kepada pasangan kita, ini kerana ianya dari hati yang ikhlas. Paling banyak dulang hantaran yang diberi 9-11 dulang mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

 

Barang Wajib Dalam Hantaran

 

Kita jangan melupakan adat budaya melayu kita di dalam pemberian hantaran, antara hantaran adat yang wajib diberikan kepada pasangan anda iaitu:

 

#1 Sirih Junjung

gubahan hantaran sireh junjung The Dulang By AqilaaHadie

Sudah pasti kita tahu sirih junjung simbolik dalam hal pertunangan mahupun perkahwinan. Sirih junjung ini juga meyifatkan lambang keaslian orang melayu dalam melamar gadis.

Dengan sifat dan bentuk daunnya yang memberi maksud kedamaian, keharmonian dalam apa jua rintangan. Dilengkapi pula dengan tepak sirih dihiasi bunga artificial untuk menceriakan lagi dulang hantaran sirih junjung ini.

 

#2 Al-Quran

gubahan hantaran al quran The Dulang By AqilaaHadie

Set Al-Quran sudah pasti menjadi kewajiban di dalam hantaran. Pemberian set Al-Quran menunjukkan kepentingan ilmu Al-Quran dalam mendidik suami atau isteri mendekatkan diri kepada Pencipta kita.

Tugas suami adalah membimbing isteri untuk membawa ke syurga. Jika suami tidak pandai membaca Al-Quran, tidak salah si isteri mengajar suami. Isteri akan mendapat lebih banyak pahala. Malahan itu juga, hubungan suami isteri akan diberkati dan diredhai Allah SWT.

Baca: 16 Soalan Akad Nikah Yang Selalu Di Tanya Tok Kadi

 

#3 Cincin / Barang Kemas

gubahan hantaran cincin barang kemas The Dulang By AqilaaHadie

Cincin atau pun set barang kemas pasti menjadi pujaan hati sang wanita. Dengan kilauan warna emas kekuningan, ia satunya barangan berharga yang sudah pasti menjadi idaman setiap wanita. Pihak lelaki biasanya akan memberi set barang kemas atau cincin yang disusun rapi diatas dulang hantaran untuk diberi kepada sang tercinta.

 

#4 Sejadah & Telekung Solat

gubahan hantaran telekung sejadah The Dulang By AqilaaHadie

Pemberian set lengkap dan sejadah adalah simbolik kita sebagai muslim sejati dan juga menunjukan kepentingan solat dalam mendirikan rumahtangga yang bahagia.

Malahan itu juga, pemberian set ini akan menggalakkan suami isteri untuk solat berjemaah bersama-sama. Dari situ akan mengekalkan hubungan kasih saying sambil mengeratkan silaturrahim sesame keluarga dan hidup akan diredhai oleh Allah.

 

#5 Mas Kahwin

gubahan hantaran mas kahwin The Dulang By AqilaaHadie

Mas kahwin pada setiap negeri berlainan. Untuk di negeri Kuala Lumpur sebanyak RM80, Selangor RM300 dan lain-lain negeri tidak sama maharnya. Kebiasaannya, pihak lelaki menggubah wang hantaran mas kahwin ini berviarasi gubahan.

Ada yang menyusun duit mas kahwin di frame, dan ada pula melipat duit itu menjadi bentuk bunga lalu dihiasi di atas dulang hantaran. Ramai juga yang menggunakan cek.

Baca: Kadar Terkini Mas Kahwin Mengikut Negeri

 

#6 Bunga Rampai

gubahan hantaran bunga rampai The Dulang By AqilaaHadie

Hantaran bunga rampai antara tradisi yang sering dijadikan hantaran wajib kerana baunya yang harum menjadi penyeri dulang hantaran. Anda juga boleh menggantikannya dengan potpourri yang dapat memberikan hasil yang sama. Maklumlah masa kini susah nak sediakan bunga rampai kerana prosesnya yang rumit dan memakan masa.

 


 

Promosi PERCUMA Gubahan Hantaran

 

 


 

KESIMPULAN

Hantaran perkahwinan sememangnya tidak wajib di dalam Islam. Kerana syarat sah perkahwinan hanyalah bernikah dan pihak lelaki memberi mas kahwin pada pengantin perempuan.

Merujuk kepada dulang hantaran, ianya adalah satu adat melayu yang masih digunapakai untuk mengekalkan tradisi kita bak kata pepatah tidak lapuk dek zaman.

Walaupun memberi hantaran ini adat semata-mata, tak bermaksud ia suatu yang dilarang. Di dalam Islam hantaran dulang merupakan pemberian atau hadiah yang dapat menjalinkan hubungan cinta yang baik, eratkan silaturrahim, serta membibitkan rasa kasih sayang antara kedua-dua belah pihak.

Baca: Prosedur Akad Nikah Beserta 3 Contoh Lafaz Ijab Kabul

Yang penting pemberian hadiah semestinya ikhlas dan mengikut kemampuan si pemberi. Yakni pemberian mestilah ikhlas kerana Allah Taala, bukan mengharapkan pembalasan semata-mata.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula:

تهادُوْا تحابُّوا

Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.

Riwayat al-Bukhari (594), [Lihat: al-Adab al-Mufrad; m/s 306], Hadith Shohih, [Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44]


Untuk yang berkemampuan sememangnya boleh memilih barangan dan dulang yang lebih mahal dan ekslusif. Untuk yang menginginkan bajet yang sederhana, ada juga bekas dulang yang nampak mahal dan ekslusif dengan harga berpatutan.

Kami mengharapkan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru!

 

Sumber: pengantinbaru.com.my

Translation missing: en.general.search.loading