- Total RM0.00 MYR
Harga Sewa Baju Nikah dan Baju Sanding di PP Signature 2026: Berapa dan Apa Yang Korang Dapat?
Korang dah scroll pelbagai Instagram butik?
Dah masuk macam-macam website?
Tapi soalan yang sama masih belum terjawab dengan jelas: berapa sebenarnya harga sewa baju pengantin?
Kebanyakan butik tak letak harga depan-depan. Korang kena DM dulu, tunggu kena balas, baru dapat angka. Penat, kan?
Artikel ni untuk korang yang nak jawapan terus.
Harga, pakej, dan apa yang korang dapat, semuanya kami laid out dengan jelas di bawah.
"Berapa Harga Sewa Baju Pengantin?" - Soalan Paling Ramai Tanya Kami
Soalan ni datang setiap hari ke WhatsApp kami.
Dan jawapan jujurnya: ia bergantung kepada jenis kain, pakej yang dipilih, dan sama ada korang sewa untuk Nikah sahaja, Sanding sahaja, atau kedua-duanya.
Baju Nikah dan Baju Sanding adalah dua majlis yang berbeza, dan harganya pun berbeza.
Jadi mari kita breakdown harga sewa Baju Nikah dan Baju Sanding satu persatu.
Pakej Sewaan Baju Sanding: 3 Kategori Yang Perlu Korang Tahu
Baju Sanding di PP Signature dibahagikan kepada tiga kategori utama berdasarkan jenis kain dan rekaan. Semua harga di bawah adalah untuk Pakej Lengkap L&P (Lelaki & Perempuan).
1. Kategori Songket (Klasik & Tradisional)
Kain Songket adalah pilihan tradisional yang paling popular untuk majlis Sanding Melayu. Harga pakej berubah mengikut kehalusan tenunan corak songket pilihan korang.
- Harga pakej L&P (Lelaki dan Perempuan): RM699 - RM1099
- Apa yang Pengantin Perempuan dapat: Baju + Veil + Sanggul Lintang + Bunga Tangan Besi + Dokoh
- Apa yang Pengantin Lelaki dapat: Baju + Set Tanjak + Sampin + Bengkung + Dokoh + Keris + Brooch
Aksesori tambahan yang boleh add-on: Tali Pinggang, Gendik, Gelang Tangan, Gelang Kaki, Kasut, Tudung.
2. Kategori Non-Songket (Moden & Kontemporari)
Untuk korang yang prefer rekaan moden, kategori Non-Songket menawarkan pilihan rekaan yang lebih ringkas hingga ke eksklusif mengikut material kain.
- Harga pakej L&P (Lelaki dan Perempuan): RM600 - RM999
- Apa yang Pengantin Perempuan dapat: Baju + Veil + Crown + Artificial hand bouquet
- Apa yang Pengantin Lelaki dapat: Baju + Set Tanjak + Sampin + Bengkung + Dokoh + Keris + Brooch
Pilihan baju lelaki Non-Songket sangat luas: Kot Raihan Plain (2pcs/3pcs), Prince Suit, Suit Tuxedo, Dutch Suit, atau Captain Suit.
3. Kategori Ballgown (Dramatik & Grand)
Untuk pengantin yang nak tampil glamor, kembang, dan grand di majlis malam (dinner) atau dewan besar. Harga bergantung pada labuh (skirt volume) dan berat perincian manik baju.
- Harga pakej L&P (Lelaki dan Perempuan): RM650 - RM950
- Apa yang Pengantin Perempuan dapat: Baju + Veil + Crown + Artificial hand bouquet + Petticoat
- Apa Pengantin Lelaki Dapat: Aksesori lengkap sama seperti kategori Non-Songket.
Semua pakej Ballgown termasuk aksesori lengkap untuk pengantin lelaki sama seperti kategori Non-Songket.
Nak tengok koleksi Baju Sanding terkini? Browse di sini.
Pakej Sewaan Baju Nikah: Lebih Ringkas & Lengkap
Rekaan Baju Nikah biasanya lebih tenang, minimalis, dan bersesuaian dengan majlis Akad Nikah.
- Harga Pakej Nikah L&P: RM600 – RM799 (Mengikut jenis rekaan & material)
- Pengantin Perempuan Dapat: Baju + Veil + Artificial Hand Bouquet
- Pengantin Lelaki Dapat: Baju + Sampin + Brooch + Butang Baju Melayu
Pakej Upgrade: Nikah Terus Sanding
Kalau korang ada majlis Nikah dan Sanding pada hari yang sama atau berturutan, ada pilihan untuk upgrade pakej Nikah terus ke Sanding dengan tambahan RM200 sahaja.
Upgrade ini termasuk:
-
Perempuan: Crown / Cucuk Sanggul / Sanggul Lintang + Dokoh.
-
Lelaki: Set Tanjak + Dokoh + Brooch + Keris.
Jimat masa, jimat kos, dan korang tak perlu berurusan dengan dua butik berbeza.
Tengok koleksi Baju Nikah kami di sini.
Apa Sebenarnya Yang Korang Dapat Dalam Setiap Pakej?
Ini bahagian yang ramai pengantin terlepas pandang sampai dah datang hari fitting.
Di PP Signature, setiap sewaan bukan sekadar baju semata-mata. Anda dapat:
- Aksesori Penuh: Semua aksesori diselaraskan terus dengan rekaan baju pilihan korang. Contohnya untuk Songket, pakej dah termasuk Sanggul Lintang dan Bunga Tangan Besi yang biasanya butik lain cas berasingan.
- Fitting & Alteration Asas: Kami pastikan baju yang korang pakai pada hari majlis benar-benar terletak kemas ikut ukuran badan, bukan sekadar sauk terus dari hanger.
Nak Baju Unik? Cuba Pakej "Custom Rental"
Ada pengantin yang nak sesuatu yang lebih eksklusif, rekaan yang unik, atau baju yang dijahit khas mengikut ukuran tepat mereka tapi masih dalam konsep sewaan.
Untuk ni, PP Signature ada pakej Custom Rental yang bermula dari RM1,990.
Ini untuk korang yang nak baju yang tiada orang lain pakai, tapi tak nak beli terus. Proses tempahan boleh dibincangkan terus dengan pasukan kami.
Macam Mana Nak Mula?
Langkah paling mudah dan pantas: WhatsApp kami sekarang.
Korang cuma perlu share dengan team kami:
-
Tarikh majlis korang
-
Jenis majlis (Nikah, Sanding, atau kedua-duanya)
-
Saiz kasar baju korang & pasangan
Team kami akan bantu semak kekosongan slot fitting dengan kadar segera.
-
WhatsApp: 011-1856 3787
-
Semak Pakej Online: ppsignature.com/pages/pakej-sewaan-baju-nikah-sanding
Peringatan Mesra: Sila tempah awal. Tarikh peak season kahwin 2026 habis cepat.