- Total RM0.00 MYR
PP Signature Bridal sedang mencari Spesialis Fitting & Alterasi Busana Pengantin Cum Admin Butik untuk mengurus fitting busana pengantin, melakukan alterasi, penyempurnaan busana custom-made (kemasan dan embellishment), serta mengelola sewa busana pengantin.
Jawatan ini merangkumi keseluruhan proses busana pengantin dari sesi fitting awal sehingga penyerahan akhir. Setiap busana perlu dipastikan padan dengan sempurna, siap sepenuhnya, dan memenuhi standard kualiti PP Signature sebelum diserahkan kepada pelanggan.
• Mengurus aliran kerja sewaan busana pengantin dari persediaan sehingga pemulangan
• Mengendalikan sesi trial fitting dan final fitting
• Mengambil ukuran pelanggan dengan tepat
• Memberi cadangan gaya dan padanan busana semasa fitting
• Melaksanakan kerja alterasi, ubah suai, dan pembaikan busana pengantin (Nikah & Sanding)
• Menyempurnakan busana custom-made daripada rangka jahitan sehingga kemasan penuh dan embellishment
• Memastikan semua busana memenuhi standard kualiti sebelum penyerahan
• Mengurus penyediaan busana termasuk menggosok, mengemas, pembungkusan, dan pemeriksaan kualiti
• Mengatur jadual fitting dan slot temujanji pelanggan
• Menjaga kebersihan butik, peralatan jahitan, dan stok sewaan
• Fresh graduate dalam bidang Fesyen, Jahitan, atau bidang berkaitan dialu-alukan
• Pengalaman dalam jahitan atau alterasi pakaian adalah satu kelebihan
• Mahir menggunakan mesin jahit industri digalakkan
• Teliti, kemas, dan menitikberatkan kualiti kerja
• Mampu mengurus masa dan tarikh siap kerja
• Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelanggan
• Bersedia bekerja pada hujung minggu dan cuti umum semasa musim puncak perkahwinan
Gaji Asas: Bermula dari RM1,700.00+ sebulan (bergantung kepada kemahiran/pengalaman)
Bayaran Tambahan: Bayaran kerja lebih masa (OT) + Bonus prestasi
Faedah Cuti: Cuti Tahunan, Cuti Bersalin, dan Cuti Paterniti
Kemudahan: Tempat letak kereta percuma di premis
Pembangunan Kerjaya: Peluang jelas untuk kenaikan pangkat serta latihan teknikal dan pembangunan profesional yang ditaja
Waktu bekerja: Sabtu hingga Khamis, 10.00 pagi hingga 6.30 petang, cuti setiap Jumaat
Calon yang berminat boleh menghantar Resume terperinci dan Portfolio (jika ada) melalui email atau WhatsApp: