Your cart is currently empty.

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2026)

01/01/2026 | Azhar Azmi

Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arabمهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Baca: 16 Soalan Akad Nikah Yang Selalu Di Tanya Tok Kadi

 

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2026)

Islam tidak menetapkan sebarang nilai untuk mas kahwin. Ianya bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin

Namun, untuk mengelakkan sebarang masalah, Majlis Agama Islam Negeri telah meletakkan nilai mas kahwin pada kadar yang tertentu.

Berikut adalah kadar terkini untuk tahun 2026:

NEGERI BUJANG / ANAK DARA JANDA / IBU TUNGGAL
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pulau Pinang RM24 RM24
Perak RM101 RM101
Selangor RM300 RM300
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM80 RM40
Negeri Sembilan RM200 RM100
Melaka RM100 RM100
Johor RM22.50 RM22.50
Pahang RM100* RM100
Sabah RM100 RM80
Sarawak RM120 RM120
Wilayah Persekutuan Labuan RM80 RM80

 * 28 Mac 2024 - Kadar baharu mas kahwin di Pahang ditetapkan kepada RM100 berbanding RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 124 tahun lalu. (Sumber)

Nota: Kadar di atas boleh berubah mengikut ketetapan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk kepastian sebelum tarikh akad, hubungi terus Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri anda.

 

Baca: Cara Solat Sunat Istikharah Jodoh Serta Panduan Doa Istikharah

 

Selain Mas Kahwin: Kos Lain Yang Perlu Disediakan

Mas kahwin cuma satu daripada beberapa perkara yang perlu korang sediakan sebelum hari akad dan sanding. Ramai pasangan fokus kat nombor mas kahwin je, sampai terlepas pandang kos lain macam busana pengantin, dekorasi, dan majlis.

Kalau korang tengah susun bajet perkahwinan, mula dengan tengok dulu pakej sewaan baju nikah dan sanding supaya senang nak agak berapa banyak nak peruntukkan untuk bahagian lain.

Lagi satu benda yang boleh jimatkan masa korang, muat turun senarai semak perkahwinan percuma kami. Ada semua checklist dari awal sampai hari H, termasuk bila patut mula tempah baju, bila kena confirm venue, semua.

 

Kadar Mas Kahwin di Negara Jiran

Berapa kadar Mas Kahwin di Singapore? 

Untuk pasangan yang merancang perkahwinan di Singapura, ROMM (Registry of Muslim Marriage) menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak S$100.

Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk tunai atau nilai seperti emas dan perak.

 

HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN

#1 – Sebagai Pemberian Hadiah

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Mafhum: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.” (Surah An-Nisa, 4:4)

 

#2 – Tanggungjawab Ke Atas Lelaki

Mas kahwin merupakan pembayaran yang bersifat simbolik ke atas perkahwinan yang dijalankan. Ia merupakan tanggungjawab ke atas lelaki yang perlu disempurnakan ke atas perempuan yang ingin dijadikan isterinya.

 

#3 – Simbol Persetujuan dan Kerelaan

Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diberikan ke atas isteri. Isteri dan suami perlu bersetuju ke atas nilai yang ingin diberikan. Oleh itu, ia merupakan simbolik kepada persetujuan bersama sebelum menghadapi alam rumah tangga dan mengambil pelbagai lagi keputusan bersama.

 

#4 – Menandakan Lelaki Itu Serius

Jika seseorang lelaki itu serius untuk menjadikan si perempuan itu sebagai isteri, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan nilai mas kahwin yang diminta.

 

Baca: Prosedur Akad Nikah Beserta 3 Contoh Lafaz Ijab Kabul

 

Kesimpulan

Nilai mas kahwin yang paling diberkati adalah yang sesuai dengan kemampuan dan tidak membebankan kedua-dua pihak.

Yang penting adalah niat suci dan keikhlasan dalam menunaikannya.

Wallahu a’alam.

 


Selesai urusan mas kahwin, langkah seterusnya ialah busana akad dan sanding.

Kalau korang masih tengah cari baju nikah atau baju sanding yang menepati adat dan tetap sopan, buat temujanji dengan kami untuk konsultasi percuma. Kami bantu korang pilih rekaan yang sesuai dengan majlis dan bajet.


 

Nota: Sila rujuk pejabat agama negeri anda untuk maklumat terkini berkaitan prosedur perkahwinan dan kadar mas kahwin.

Artikel ini dikemaskini pada Ogos 2026

Tags :
Planning

Ringkaskan artikel ini guna AI

Translation missing: en.general.search.loading