Your cart is currently empty.

Pembantu Butik Pengantin (Jualan)


Kami sedang mencari calon yang mesra, teratur dan berorientasikan pelanggan untuk menyertai pasukan kami sebagai Pembantu Butik Pengantin.

Anda akan membantu bakal pengantin sepanjang perjalanan mereka bersama PP Signature Bridal, bermula daripada pertanyaan pertama sehingga sesi percubaan pakaian yang terakhir.

Anda bertanggungjawab membantu pelanggan memilih Baju Pengantin yang sesuai serta memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa, profesional dan berkualiti tinggi.


Tanggungjawab Utama

  • Menyambut pelanggan dengan mesra dan memberikan pengalaman perkhidmatan butik yang profesional serta berkualiti tinggi.
  • Memberikan maklum balas dengan segera terhadap pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon dan secara bersemuka.
  • Memahami keperluan pelanggan serta mencadangkan baju pengantin, pakej sewaan dan pilihan tempahan khas (custom-made) yang bersesuaian.
  • Membantu pelanggan memilih busana, memberikan cadangan gaya, padanan warna, saiz dan menguruskan sesi percubaan pakaian.
  • Memastikan semua Baju Pengantin sentiasa bersih, kemas dan dijaga dengan baik.
  • Menguruskan temu janji pelanggan, tempahan pakaian dan pembayaran deposit.
  • Bekerjasama dengan pasukan bagi memastikan setiap Baju Pengantin disiapkan mengikut jadual dan memenuhi standard kualiti PP Signature Bridal.
  • Memastikan pengetahuan tentang koleksi pengantin, jenis fabrik, pakej sewaan dan perkhidmatan butik sentiasa dikemas kini.
  • Menguruskan pembayaran pelanggan serta memastikan rekod tempahan dan pembayaran disimpan dengan tepat.
  • Memastikan butik sentiasa bersih, kemas dan bersedia untuk menerima pelanggan.
  • Membantu operasi harian butik serta mematuhi prosedur dan polisi syarikat.


Kelayakan

  • Fresh graduate dalam bidang fesyen, Jahitan, atau bidang berkaitan dialu-alukan.
  • Pengalaman dalam jahitan atau alterasi pakaian adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran asas menjahit atau pengalaman mengubah suai pakaian merupakan satu kelebihan.
  • Pengetahuan atau pengalaman menggunakan mesin jahit industri adalah satu kelebihan, tetapi tidak diwajibkan.
  • Teliti dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik serta mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Seorang yang mesra, yakin, berpenampilan kemas dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta bersedia untuk belajar.
  • Bersedia bekerja pada hujung minggu dan cuti umum semasa musim puncak perkahwinan, tertakluk kepada jadual kerja syarikat dan undang-undang pekerjaan yang berkenaan.
  • Lokasi Kajang Perdana atau kawasan berdekatan.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri untuk berulang-alik ke tempat kerja di Kajang.


Gaji & Faedah

  • Gaji Asas : RM 1,700 – RM 2,000+ sebulan (mengikut pengalaman)
  • Bayaran Tambahan: Komisen jualan + bayaran kerja lebih masa (OT) + elaun bulanan
  • Perlindungan Kewangan: Caruman KWSP (EPF) & PERKESO (SOCSO)
  • Cuti: Cuti tahunan dan kelayakan cuti lain mengikut undang-undang pekerjaan Malaysia serta polisi syarikat.
  • Faedah: Tempat letak kereta percuma
  • Pembangunan Kerjaya: Pembangunan profesional berterusan dalam fesyen pengantin, reka bentuk busana, dan operasi runcit mewah




Bridal Boutique Assistant (Sales)

We are looking for a friendly, organised, customer-oriented Bridal Boutique Assistant to guide brides through their bridal journey, from their first enquiry to their final fitting.

As part of the PP Signature Bridal team, you will help brides find their perfect Baju Pengantin while ensuring every customer receives a personalised, professional, and premium boutique experience.


Key Responsibilities

  • Welcome customers and provide a friendly, professional, and premium boutique experience.
  • Respond promptly to customer enquiries via WhatsApp, phone calls, and in person.
  • Understand customers’ needs and recommend suitable Baju Pengantin, rental packages, and custom-made options.
  • Assist customers with dress selection, styling, colour coordination, sizing, and fitting arrangements.
  • Ensure all Baju Pengantin are clean, presentable, and well-maintained.
  • Coordinate customer appointments, bookings, and deposit payments.
  • Work closely with the team to ensure every Baju Pengantin is ready on time and meets PP Signature Bridal’s quality standards.
  • Maintain up-to-date knowledge of bridal collections, fabrics, rental packages, and services.
  • Process customer payments and maintain accurate booking and payment records.
  • Keep the boutique clean, organised, and ready to welcome customers at all times.
  • Support daily boutique operations and ensure compliance with company procedures.


Requirements

  • Fresh graduates in Fashion, Retail, Customer Service, or related fields are welcome to apply.
  • Previous experience in retail, sales, or customer service is an advantage.
  • Basic sewing skills or experience in garment alterations is an added advantage.
  • Familiarity with industrial sewing machines is preferred but not mandatory.
  • Strong attention to detail and a commitment to quality service.
  • Good time management skills and the ability to meet deadlines.
  • Friendly, confident, well-presented, and customer-oriented.
  • Good communication skills and a willingness to learn.
  • Willing to work on weekends and public holidays during peak wedding seasons, subject to company scheduling and applicable employment laws.
  • Preferred location: Kajang Perdana or surrounding areas.
  • Able to commute reliably to Kajang.


Compensation & Benefits

  • Base Salary: RM 1,700 – RM 2,000+ per month (depending on experience and skills.)
  • Supplemental Pay: Commission Pay + Overtime (OT) Pay + Monthly Allowances
  • Financial Protection: EPF & SOCSO contributions
  • Time Off: Annual Leave, Menstrual Leave
  • Perks: Free Parking
  • Career Development: Opportunities to develop skills in bridal styling, retail sales, customer service, and boutique operations.




To Apply: 

Interested applicants can send their detailed Resume and Portfolio (if available) via email or WhatsApp:

  • Email: hello@ppsignature.com
  • WhatsApp: 011-18563787
Translation missing: en.general.search.loading